Saturday, December 18, 2010

MARI BELAJAR MENGHARGAI ORANG :)

kisah seorang pelajar dan gurunya :

PELAJAR : cikgu , macam mana kita nak pilih orang yang terbaik jadi orang yang paling kite sayang dan macam mane kasih sayang itu nak berkekalan ?
CIKGU     : okay , kamu ikut apa yang saya cakap . kamu pergi kepadang , kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu . pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang walau sekali . petik rumput yang PALING CANTIK dan bawa ke kelas .
                      
                                    apabila pelajar itu pulang ke kelas , tiada rumput pun ditangannya

CIKGU     : mengapa tiada rumput yang dipilih ?
PELAJAR : tadi , semasa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . memang ade banyak , tapi cikgu kata petiklah yang paling cantik . maka , saya pun berjalan terus kehadapan untuk cari yang lebih cantik tanpa menoleh kebelakang . tetapi , sampai dihujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik . mungkin ade diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tetapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang , jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik .
CIKGU    : Ya , itulah jawapannye . maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . kita patut menghargai orang yang ade dihadapan kita sebaik baiknye . jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku sudah tetap berlaku . semoga tidak berulang lagi .kita harus menghargai orang dihadapan kita . :)

2 comments: